Apa istimewanya Bunga Telang?
Bunga Telang merupakan salah satu jenis tanaman yang banyak dijumpai di hutan maupun di pekarangan rumah penduduk yang biasanya digunakan sebagai tanaman perhiasan.
Bunga ini dapat dipelbagaikan untuk beraneka ragam keperluan seperti sebagai pewarna makanan, kuih, pewarna baju seperti nila mahupun sebagai bahan dasar pembuatan minuman.
Nama bunga telang dikenali dengan pelbagai nama di negara yang berbeza seperti aparijata (bagi masyarakat Hindi), nagar hedi (bagi masyrakat Kanada), Dok anchan (bagi masyarakat Thailand), serta Sankhupushpam (bagi masyarakat Malayam).
Dalam bahasa Inggris, bunga ini mendapat julukan butterfly pie, pigeon wings, maupun blue pie vine. Di Indonesia sendiri bunga ini memiliki beberapa nama atau sebutan, diantaranya adalah teleng (bagi masyarakat Jawa), telang (bagi masyarakat Sunda), serta temen raleng (bagi masyarakat Bugis).
Kandungan Bahan Kimia Dalam Bunga Telang
Bunga yang memiliki bentuk yang hampir menyerupai kupu-kupu ini memiliki kandungan beberapa senyawa kimia seperti :
1.fenol
2.delphirridin 3,3’,5’
3.triglucoside
4.alkaloid
5.flavonoid
6.saponin
7.sulfur
8.ca-oksalat
Pada bahagian daunnya kita dapat lihat kandungan senyawa seperti kaemferol 3-glukoside, triterperroide. Namun berhati-hati kerana tanaman ini terkenal memiliki akar yang beracun, dimana bahagian akar tersebut memiliki efek farmakologis seperti pencahar (laxative), diuretik, pembersih darah, yang berfungsi sebagai perangsang muntah.
Manakala biji dari bunga telang memiliki efek pencahar ringan dan dapat digunakan sebagai ubat cacing.
Selain sebagai tanaman perhiasan bunga yang biasanya hanya memiliki helai bunga selapis ini, ternyata memiliki beberapa kesan kebaikan yang bermanfaat lagi menakjubkan. Diantaranya adalah :
1.Untuk mengubati gangguan penglihatan
Secara tradisional, bunga telang digunakan sebagai penawar atau ubat untuk gangguan penglihatan, seperti mata merah atau sakit mata lainnya. Selain itu, khasiat dari bunga telang ini dipercaya mampu membantu penglihatan menjadi lebih cerah.
Caranya adalah dengan dengan merendam beberapa kuntum bunga telang ke dalam segelas air hingga air tersebut berubah warna menjadi biru. Seterusnya gunakan air rendaman tersebut sebagai obat pencuci mata yang sakit.
2.Mengubati sakit telinga
Untuk mengatasi gangguan yang terjadi pada bagian telinga, kita boleh gunakan daun dari tamanan ini. Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun telang dan dilumatkan dan air perahan itu dicampurkan dengan sedikit garam dan disapukan pada tempat telinga yang terasa sakit. Lakukan hal tersebut secara teratur.
3. Mengubati bisul (abses)
Timbulnya bisul (abses) pada bahagian tubuh dapat kita atasi secara semulajadi, iaitu salah satunya adalah dengan menggunakan ramuan yang berasal dari bunga telang biru yang ditumbuk bersama dengan gula Melaka. Pergunakanlah hasil tumbukan tersebut sebagai ubat sapu atau balut pada tempat yang terkena bisul. Lakukanlah hingga bisul sembuh.
4. Untuk mencuci darah
Darah yang kotor boleh menjadi punca timbulnya berbagai gangguan penyakit kulit seperti bisul dan lain-lain. Untuk mengatasinya, Anda boleh gunakan akar bunga telang putih yang direbus lalu meminumnya secara rutin. Ramuan ini dipercaya mampu untuk mencuci darah.
5. Untuk mengubati bronchitis
Bronkhitis atau peradangan pada saluran pernafasan boleh diatasi dengan menggunakan ramuan herbal yang berasal dari akar tanaman telang ini. Caranya adalah dengan merebus +/- 30 hingga 60 gram akar telang dengan menggunakan 4 gelas air bersih hingga kadar air tersebut tinggal separuhnya saja.
Minumlah air rebusan tersebut yang masih suam satu gelas disebelah pagi dan satu gelas pada waktu malam.
6. Sebagai pewarna penting dalam masakan nasi kerabu ori Kelantan
Masyarakat Kelantan menggunakan bunga telang sebagai pewarna untuk menyediakan nasi kerabu ORI Kelantan sejak turun temurun.
7. Sebagai bahan pewarna pelbagai jenis makanan
Selain berkhasiat dalam perubatan beberapa jenis penyakit, bunga telang juga digunakan untuk memberikan warna pada makanan, misalnya saja pada kuih. Caranya cukup mudah, iaitu dengan menggunakan air perahan dari bunga tersebut dan mencampurkannya pada makanan yang ingin diwarnakan.
8. Untuk detoksifikasi
Teh herbal yang dibuat dari bunga telang bagus untuk menghilangkan racun-racun yang terdapat dalam sistem pencernaan. Cara penyedianya adalah cukup mudah, iaitu hanya dengan merendam bunga telang sebanyak 2 hingga 3 kuntum dengan air panas, biarkan +/- 10 minit dan ia sudah siap untuk diminum. Untuk menambah perisa teh, kita boleh tambahkan madu atau perahan limau nipis ke dalamnya.
9. Untuk mengatasi gangguan seksual pada wanita
Ramuan herbal dengan manfaat bunga telang juga dipercaya mampu mengubati gangguan seksual pada kaum hawa seperti infertilitas mahupun masalah haid.
10. Untuk mengubati batuk
Akar bunga telang juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk menyembuhkan gangguan batuk. Selain itu akar telang dapat juga digunakan untuk menyembuhkan gangguan asma terutama pada musim dingin.
11. Mengurangkan kesan bau akibat merokok
Bunga Telang juga dipercaya dapat mengatasi rasa kurang selesa dibahagian dalam mulut akibat terlalu banyak merokok. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan akar bunga telang untuk berkumur.
12. Mengurangkan stress
Sifat antidepresan yang terkandung dalam akar bunga telang dapat membantu untuk mengurangkan tahap stress seseorang iaitu dengan memberikan rasa tenang, senang, dan damai.
13. Menambah kekuatan otak
Akar bunga telang memiliki kemampuan untuk meningkatkan memori serta dapat membuat seseorang itu menjadi lebih intelektual, sehingga bunga telang sering digunakan dalam perubatan berbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan otak. Selain itu, bunga telang juga memiliki kesan yang sangat positif pada sistem saraf manusia, sehingga dapat membantu dalam memperkuat saraf dalam tubuh dan meningkatkan fungsi otak.
Bersedialah anda tidak lama lagi Nasi Kerabu ORI Kelantan akan membuka perniagaan di Terengganu.... tungguuuuu...


